Total Pageviews

Sunday, 25 December 2011

Mari menjana pendapatan di kampus

assalalamualaikum..apa khabar kawan-kawan,pakcik-makcik,abang-abang,kakak-kakak,adik-adik semua..bertemu lagi saya Nur Adnin bin Abdul Razak selaku blogger blog Iman4muslims ini..

Baiklah semua..sebelum saya meneruskan motivasi kali ini, ingin terlebih dahulu saya bertanya..adakah anda yang sedang membaca blog saya ini merupakan seorang siswa atau siswi?Kalau YA, baik anda teruskan meneroka post saya kali ini..dan kalau TIDAK, pun lebih baik untuk anda meneroka.

Baiklah semua...seringkali kita mendengar keluhan pelajar-pelajar kolej atau universiiti tentang....:
-kehabisan wang
-poket kosong
-elaun lambat masuk
-hutang dengan orang menimbun
-dan macam-macam lagi.....!

Ha, dengar tak?

Pada hari Sabtu bertarikh 24.12.2011 lepas, saya pergi ke kedai buku Popular di Tesco Melaka bersama sahabat saya, Muaz Yusuf. Sedang saya membelek-belek buku-buku di situ, saya terpandang ke arah satu buku ini. Namanya 'Buat Duit di Kampus'. Saya seorang siswa. Saya juga tidak lari daripada masalah kewangan ini. Memandangkan buku tersebut amat mengambil hati saya, jadi saya membuat pertimbangan samada nak beli atau tidak. Sebab kebetulan pada masa itu saya memang kekurangan wang di bank dan di poket. Saya minta pendapat daripada sahabat saya, Muaz Yusuf. Beliau memberi pandangan supaya beli sahaja buku itu. Harganya agak mahal sedikit iaitu RM29.00. Beliau kata bahawa saya mesti membuat sesuatu atau bertindak seiring dengan harga yang mahal itu. Setelah berfikir-fikir, akhirnya saya memberi kata putus untuk membeli buku tersebut.

Jadinya, nak diceritakan di sini, dalam buku ini amat terkandung 1001 ilmu tentang kaedah pengurusan wang dengan bijak merangkumi...:
-ekonomi kecil-kecilan di kampus
-penyimpanan wang dengan bijak
-pengurusan masa untuk menguruskan wang
-dan macam-macam lagi.

Jadi,apa tunggu lagi?dapatkan buku ini SEKARANG JUGA di kedai buku berhampiran di tempat anda.

Selamat mencuba!

"Seringgit demi seringgit, lama-lama banyak duitlah.."

Fikir-fikirkan!

Wallahu a'lam...:)

Saturday, 24 December 2011

jom jadi usahawan terhebat!!

assalamualaikum wbt..

bersama saya nur adnin bin abdul razak, mahasiswa darul quran jakim 11/14, kini saya ingin berkongsi tips menjadi usahawan terhebat!

idea ini saya terfikir sendiri ketika duduk sorang2 di bilik (mase kat DQ la). Wallahu alam saya pun tak tahu macamane saya boleh terfikir. hehe

okey,,setiap usahawan ni,,tak boleh dipisahkan dengan pelaburan, saham, dan lain lain laa..cube cakap dengan saya, mane dia usahawan yang langsung tak de kena mngena dengan duit???hehehe..

idea yang saya nak kongsikan ni, anda jangan tekejut sekiranya apa yang saya cakap ni; usahawan ni tak perlu modal duit!

PERCAYA KE TAK PERCAYA?

heheheheh...

ok baik. sebenanrnya, perniagaan yang sangat2 mnguntungkan adalah perniagaan akhirat. Ha??Yekee??Ape maksud Cik Denin oiii???haha..okey okey saya akan terangkan..cewah!!dah macam Dr Tuah Iskandar pula ye?hehe

okey..setiap perniagaan memerlukan modal. Dah dapat modal, kena berani meminjam risiko dari mana2 pihak untuk membina pelaburan. Alaa,,macam dalam buku Pengaruh Trump. Anda kenal kan sape tu Donald Trump..Alaaa, yang 'top' dengan cerite The Apprientice tu..(betul tak ejaan?)

Berbalik. Saje je nak bagi anda tertarik. Baiklah. Perniagaan dah ade modal, dah ade pelaburan, tibalah masanya untuk menjual produk sendiri..berhadapan dngan tohmahan,persaingan hebat,,dan akhirnya untung rugi, ade je di tangan kita. kan?

baiklah. Yang saya selaku Master Trainer Iman4muslims Quranic Consultancy ni,,nak bagi idea macamane nak jadi usahawan terbilang. Perniagaan yang saya maksudkan ialah perniagaan akhirat. Ha??Ape tu?Ayyoyyoo abang manisss...tarak faham kaa???haha

Senang je. Tak perlu nak daftar kat mane2 jabatan. Kite memang dah jadi bisnesman pun. Cume pandai tak pandai je. Ok. Setiap perniagaan memerlukan pelaburan. Kita labur di dunia, kat akhirat sane kita dapat hasil. Jadi, bisnes akhirat ni teramatlah mudah. dan modalnya tak perlulah nak pening kepala nak korek kat mane. Modal bisnes akhirat ni modalnya adalah SOLAT FARDHU LIMA WAKTU. Apa???solat fardhu lima waktu ajaa??itu modal asas. Dalam setiap modal yang dilaburkan, kita pasti akan dapat imbuhan pendapatan(kalau pandai handle la bab2 ekonomi ni..)

Ok la. Anda faham tak setakat ni?

Kalau dah faham, jom kita mulakan! ok,,Kita mulakan dengan modal pertama,iaitu solat Subuh. Imbuhan pendapatan???jangan risau la makcik makcik pakcik pakcik...ok. Di sekitar solat Subuh ade macam2 care kite boleh dapatkn imbuhan. ..

SEBELUM SUBUH:
-bangun pukul 3 pagi, baca doa dan bersugi (pahala!)
-berniat nak qiamullail ibadah(pahala!)
-senyum(pahala!)
-bingkas bangun dari katil ke bilik air dan berwudhu(pahala!)
-dirikan solat tahajjud(pahala!)
-dirikan solat taubat(pahala!)
-dirikan solat tasbih(pahala!)
-dirikan solat hajat(pahala!)
-zikrullah tasbih, tahmid, tahlil & takbir UNLIMITED!!(pahala!)
-mengaji Quran, tambah hafazan Saba'-tasmi' esok-,muraja'ah,baca tafsir dan menghayatinya(pahala!)
-dirikan solat witir(pahala!)

KETIKA SUBUH:
-Pergi masjid(pahala!)
-duduk kat saf depaaannn sekali(pahala!)
-solat sunat tahiyatul masjid(pahala!)
-dirikan solat secara berjemaah,,kalau boleh jadi imam!!!(pahala BESAARR PUNYA!)
-berwirid(pahala!)

SELEPAS SUBUH:
-mengaji Quran(pahala!)
-membaca Mathsurat(pahala!)
-zikrullah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir(pahala!)
-dirikan solat sunat Syuru'(pahala!)
-menghirup udara pagi di sekitar rumah @ masjid(pahala!)
-beriadhah ringan(pahala!)
-mendirikan solat Dhuha(pahala!)

::kesimpulan @ implikasi kewangan :
     -Modal asas : RM 100000000+++++  (solat fardhu Subuh )...(Allah je tau jumlah sebenar begitu bernilanye solat subuh..)
     - Imbuhan Pendapatan Masuk(income) : RM111000000000000000000000000000000000000+++++++++++(Wallahu alam. saya pun tak tau nak cakap macamne..subhanallah!)

      -Tapak Projek : MASJID,MUSOLLA, atau rumah(kalau tak mampu laa)
      -Tarikh Projek : setiap hari
       -Person in-Charge : Kita Hamba ALLAH!
       -Pembentangan Papan Saham Nilai Keuntungan : PADANG MAHSYAR....

HA!!!!!
SUBHANALLAH!!
WOWWWW!!

kenapa? macam tidak percya ke?hehee..
anda nampak kan? terlalu mengaut keuntungan sangat2 bisnes akhirat ni. Dalam bisnes pagi waktu subuh je, dah dapat keuntungan yang berlipat ganda kalinya!! Itu baru SUBUH. BELUM KIRA LAGI BISNES ZUHUR, ASAR, MAGHRIB DAN ISYA''!!!

Berdasarkan kaca mata anda, apa pendapat anda tentang kaedah BISNESS AKHIRAT NI??
Nak ikut atau tak???\
terlalu untung ni kawan kawan ... ya Allah...saya yang menaip post artikel ni pun,,naik lenguh urat otak memikirkan kalau2 anda yang sedang membaca artikel BISNESS AKHIRAT ni, macam ragu-ragu  ayau was was dengan bismess ni. Relakss lah bro..ini bisnes kita tidak pakai bunga maaa......ALLAH siap bagi free of charge lagi modal.
Kawan kawan,,anda anda,,datuk datin encik cik tuan puan abang adik kakak..apa tunggu lagi???jom la pakat ramai-ramai tempah tiket ke syurga. Jom!!!

"kalau kita malas nak berdiri, kita tidak akan dapat panjat tempat yang tinggi..."

Fikir-fikirkan! wallahu alam..................:)

Sunday, 4 December 2011

semester 2 yang mencabar...:)

assalamualaikum w.b.t..
Darul Quran JAKIM tempat saya belajar sebagai mahasiswa sekarang, iaitu sesi 2011/2014. Saya mengambil jurusan Diploma Tahfiz Wal Qiraat.
 Mulai November ini, telah bermulanya semester 2. Semester ini dikatakan agak pendek dan singkat waktunya berbanding semester2 lain.
Di sini saya mahu merungkaikan satu persoalan yang seringkali tidak terjawab oleh orang lain. "apakah yang kita kejar?KEJAYAAN atau HASIL USAHA?"
Boleh dikatakan pelbagai khilaf yang muncul dalam persoalan yang penuh dengan tanda tanya yang tidak bernoktah ini.
Baiklah. Saya mahu menceritakan satu kisah benar. Sewaktu peperiksaan atau final exam di di semester 1 dahulu, A merupakan salah seorang pelajar yang dhur sani. Dhur sani bermaksud 'ulangan untuk kali ke2' ataupun dengan bahasa mudahnya, A GAGAL dalam peperiksaan tersebut. Subjek apa yang A gagal, tak perlulah saya sebut di sini.
Kepada para pembaca yang sedang membaca blog saya ini, jangan berfikir bahawa saya seorang yang mudah sangat menceritakan aib atau kelemahan orang lain kepada kamu semua. Tidak.
Di sini, saya mahu para pembaca berfikir secara terbuka,optimis dan thinking as infinity . Saya mahu berkongsi, bahawa sikap seorang juara adalah sentiasa berfikiran positif.
Baiklah. A pelajar dhur sani. Dan saya cuba mengaitkan antara persoalan di atas tadi, dengan pencapaian  A yang gagal dalam peperiksaan.
Cuba kalian berfikir dan renungkan, kita ini belajar kerana apa?ada orang kata kita berlajar bersungguh-sungguh kerana mahukan kekayaan dan kesenangan, ada orang kata kita berjaya dalam pelajaran kerana mahu mengubah nasib kita, dan ada juga orang kata kita berjaya dengan cemerlang kerana mahu melakar masa depan. Adakah benar dakwaan sebegini?mari kita lihat..

Pelbagai jalan yang boleh kita tempuhi untuk mendapatkan sebuah KEJAYAAN. Sebagai contoh, Ahmad  seorang pelajar yang handsome, dan kemas. Dia seorang pelajar yang digemari rakan wanitanya di kelas kerana ketampanan yang dimiliki. Namun, Ahmad ini ialah seorang yang pemalas, anak manja, mengada-ngada dan sebagainya. Rutin hariannya, apabila ada sebarang kerja sekolah yang dibekalkan oleh cikgunya, dengan senang hati dan tanpa rasa bersalah dia menyuruh Atan, anak kepada orang gajinya untuk menyiapkan tugasan tersebut. Dan tidak mustahil si Ahmad ini mendapat keputusan yang cemerlang kerana dia sanggup mengupah si Atan untuk membuatkan untuknya sekeping nota kecil ataupun bahasa mudahnya 'toyol' untuk dibawa masuk ke dewan peperiksaan, sebagai bahan 'rujukan'. Bagi Ahmad, biarpun dia tidak pandai dalam pelajaran, dai tidak kisah kerana ayahnya adalah seorang CEO dalam sebuah syarikat penerbangan di Malaysia. Jadi bila-bila masa sahaja harta ayahnya akan diwariskan untuknya. Berbeza pula dengan si Atan. Dia merupakan seorang pelajar yang miskin, berkulit gelap, dan cacat mata kirinya. Sebagai anak kepada seorang tukang kebun (orang gaji keluarga Ahmad), dia berasakan bahawa jalan untuk menuju  KEJAYAAN itu amat2 perit dan penuh dengan ranjau memandangkan kondisi keluarganya yang miskin dan kekurangan wang. Namun baginya, bukan ada satu jalan sahaja, tetapi banyak jalan. sewaktu hari peperiksaan berama-sama dengan Ahmad, Atan bersungguh-sungguh berusaha mengulangkaji pelajaran, bersengkang mata hingga lewat malam, berpeluh-peluh menghafal dan mengulangkaji  pelajarannya, demi mencapai sebuha KEJAYAAN. Berbeza pula dengan si Ahmad, Ahmad memilih jalan mudah atau short cut dengan meniru sewaktu peperiksaan dijalankan. Hasilnya, Ahmad dan Atan sama-sama mendapat keputusan yang begitu cemerlang, cuma berbeza dari segi 'jalannya'.

Lihat?nampak tak para pembaca semua? KEJAYAAN di hadapan tetap kita boleh mencapainya. Cuma bergantung pada diri sendiri untuk menggunakan jalan 'putih' atau jalan 'hitam'.
Di sini saya mahui mengulas, tentang persoalan tadi. KEJAYAAN atau HASIL USAHA. Cuba teliti dengan mendalam, apakah tujuan kita hidup di dunia ini?Untuk menuju ke SYURGA amatlah mudah, kerana kita sedia maklum bahawa setiap MUSLIM adalah berhak untuk masuk ke syurga; samada banyak pahala atau banyak dosa, kerana Allah dah janjikan SYURGA itu hanya untuk ISLAM. Tetapi sedarkah kita, bahawa jalan ke SYURGA itu SUKAR. Kerana apa?

KEJAYAAN dengan HASIL USAHA, adalah lebih wajar HASIL USAHA. Setiap manusia mahukan KEPUASAN SETELAH BERUSAHA.

Ahmad tidak merasai kepuasan walaupun sudah mendapat kejayaan, kerana dia tidak berusaha.  Tetapi Atan sangat2 berasa puas kerana KEJAYAAN YANG DIA DAPAT ADALAH HASIL USAHANYA SENDIRI. Muslim yang beriman akan berasa puas setelah mendapat syurga, kerana Allah telah membayar usahanya  yang amat bersungguh-sungguh dalam beribadah dan bertaqwa kepada-Nya ketika di dunia lagi. Namun berbeza dengan muslim yang tidak beriman, walaupun akhirnya mereka mendapat syurga, akan tetapi mereka tidak merasa puas kerana telah diseksa terlebih dahulu di neraka Allah kerana kelalaiannya dalam menunaikan perintah Allah sewaktu di dunia dahulu.

Lihat?Nampak?

Apa yang kita usaha, itulah yang kita dapat. Andaikata kita rajin 'mengambil hati' Allah, Allah pastinya akan memberikan ganjaran bonus kepada kita lagi.

Jadi,berbalik kepada cerita kisah benar A di atas, sudah jelaslah bahawa A kurang berusaha, dan akibatnya A mendapat GAGAL dalam peperiksaan. ANdaikata A rajin berusaha,  dengan izin Allah A pasti akan dapat apa yang A usahakan.

Akhir kalam, terimalah pepatah dari saya;

"WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK".

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...:-)

Sunday, 6 November 2011

assalamualaikum w.b.t..

blog ni baru dicipta. Saya nur adnin bin abdul razak siswa Darul Quran JAKIM kuala kubu bharu, diploma tahfiz wal qiraat sesi 2011/2014.