Total Pageviews

Sunday, 25 December 2011

Mari menjana pendapatan di kampus

assalalamualaikum..apa khabar kawan-kawan,pakcik-makcik,abang-abang,kakak-kakak,adik-adik semua..bertemu lagi saya Nur Adnin bin Abdul Razak selaku blogger blog Iman4muslims ini..

Baiklah semua..sebelum saya meneruskan motivasi kali ini, ingin terlebih dahulu saya bertanya..adakah anda yang sedang membaca blog saya ini merupakan seorang siswa atau siswi?Kalau YA, baik anda teruskan meneroka post saya kali ini..dan kalau TIDAK, pun lebih baik untuk anda meneroka.

Baiklah semua...seringkali kita mendengar keluhan pelajar-pelajar kolej atau universiiti tentang....:
-kehabisan wang
-poket kosong
-elaun lambat masuk
-hutang dengan orang menimbun
-dan macam-macam lagi.....!

Ha, dengar tak?

Pada hari Sabtu bertarikh 24.12.2011 lepas, saya pergi ke kedai buku Popular di Tesco Melaka bersama sahabat saya, Muaz Yusuf. Sedang saya membelek-belek buku-buku di situ, saya terpandang ke arah satu buku ini. Namanya 'Buat Duit di Kampus'. Saya seorang siswa. Saya juga tidak lari daripada masalah kewangan ini. Memandangkan buku tersebut amat mengambil hati saya, jadi saya membuat pertimbangan samada nak beli atau tidak. Sebab kebetulan pada masa itu saya memang kekurangan wang di bank dan di poket. Saya minta pendapat daripada sahabat saya, Muaz Yusuf. Beliau memberi pandangan supaya beli sahaja buku itu. Harganya agak mahal sedikit iaitu RM29.00. Beliau kata bahawa saya mesti membuat sesuatu atau bertindak seiring dengan harga yang mahal itu. Setelah berfikir-fikir, akhirnya saya memberi kata putus untuk membeli buku tersebut.

Jadinya, nak diceritakan di sini, dalam buku ini amat terkandung 1001 ilmu tentang kaedah pengurusan wang dengan bijak merangkumi...:
-ekonomi kecil-kecilan di kampus
-penyimpanan wang dengan bijak
-pengurusan masa untuk menguruskan wang
-dan macam-macam lagi.

Jadi,apa tunggu lagi?dapatkan buku ini SEKARANG JUGA di kedai buku berhampiran di tempat anda.

Selamat mencuba!

"Seringgit demi seringgit, lama-lama banyak duitlah.."

Fikir-fikirkan!

Wallahu a'lam...:)

No comments:

Post a Comment