Total Pageviews

Tuesday, 24 July 2012

Kalam Perpisahan~

-Salamullahi Alaikum. Kepada warga blogger, blog ini sudah berpindah ke blog baru yang beralamat www.cairaz.blogspot.com.
Harap kepada mana2 yang sudah baca entry2 di dalam blog ni, anda boleh juga menuju ke blog baru tu ye.
Syukran=)-

Friday, 25 May 2012

#impian aku~..



CIRI-CIRI CALON ISTERI AKU
1)      Solehah..(agama mantap. Amat perihatin dalam jagaan batasan agama. Tapi andaikata jodoh aku dengan seorang gadis biasa yang mahu berubah, itulah amanahku terhadap agamanya)
2)    Wajah biasa..(biar wajah biasa tapi hati cantik. Tapi kalau dapat yang cantik, rezeki la..)
3)     Harta sederhana..(kalau kaya, rezeki akulah. Kalau sederhana, memang itu idaman aku sebab aku pun sederhana. Dan kalau kurang harta, menjadi tanggungjawab aku untuk menyara keluarganya)
4)    Keturunan baik..(kalau boleh ibu ayahnya sangat menjaga perspektif agama dalam setiap sudut)
5)     Qana’ah..(sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Tak meminta-minta itu dan ini. Tak suka bermewah-mewah. Tak hairan kalau ade SALE kat shopping mall walaupun depan rumah!)
6)     Pakaiannya 3S..(Simple, Siqoh &Sopan)
7)     Tahan lasak..(badannya boleh hidup di semua tempat. Tak melenting dengan kekotoran macam tanah, sebab nanti dah mati akan ke tanah jua. Tak geli dengan najis ayam-nanti aku nak bela ayam-sebab membersihkan najis ayam adalah latihan kepada membersihkan najis mak ayah yang sudah uzur dan tua nanti)


-Semoga aku dipertemukan dengan wanita yang ada 7 ciri-ciri ini.
Tidak di Darul Quran, mungkin di UKM atau American Islamic College, Chicago Amerika nanti.
Dan jika tidak juga, mungkin setelah aku pulang ke Malaysia nanti..ameenn..-



15 Prosedur untuk majlis pernikahan & Walimatul Urus

1)      Bertunang, lepas tu jangan lama sangat, jangan lebih sebulan. Itupun jika ada perkara penting yang wajib diselesaikan dulu, seperti urusan kerja, hutang dll. Kalau tiada, harini tunang esok nikah ler!
2)    Tempoh antara pernikahan dan walimatul urus, mesti dalam sehari. Jangan tangguh. Tak seronok..
3)     Waktu majlis pernikahan, taknak terikat dengan adat. Beri tujuh berbalas Sembilan dan macam2. Tak minat. Agama atau adat, mana yang penting? Jangan membazir. Cukup sekadar majlis ringkas, dan makan-makan.
4)    Waktu majlis walimatul urus pula, aku tak izinkan mak mertua atau keluarga belah isteri upah mak andam make up kan isteri aku. Jangan nak mengada-ngada. Bila aku dah lafazkan akad je, serta merta isteri tu jadi hak bawah jagaan aku. Takkanlah punyalah penat aku tackle dia atau dia tackle aku, pastu waktu majlis, senang-senang je orang lain yang bukan muhrim tengok wajah isteri aku yang dah dimekapkan. No! cukup sekadar bedak yang nipis-nipis sahaja.
5)     Aku juga takkan izinkan siapa-siapa ahli keluarga aku atau keluarga mertua aku upah fotografer, nak amek gambar kami berdua. Perghh..penat-penat aku dengan dia jaga iman dan wajah masing-masing sewaktu belum bernikah dulu, takkan senang-senang je fotografer amek gambar kami, pastu possing entah ape-ape, lepas tu diorang bagi kami gambar2 tu, tapi yang asalnya masih ada ada dalam memory card kamera diorang lagi. No! nak bergambar boleh, tunggu majlis dah selesai. Aku guna kamera aku. Aku fotografer dan isteriku modelnya!
6)     Ini perkara yang penting, iaitu soal kewangan. Adat melayu, raja sehari. Mestilah kena bermewah-mewah. Alasannya?alah, sekali seumur hidup. No! aku takkan pegang adat melayu yang mengarut tu. Yang aku yakin hanyalah hadis nabi yang mafhumnya “perkahwinan yang paling berkat ialah yang paling rendah maharnya.”.  aku Cuma akan keluarkan duit untuk mas kahwin (itupun guna kadar tetapan negeri) dan makan-makan. insyaAllah aku akan guna khemah. Jemputan aku tak lebih 500 orang. Itupun aku akan guna sistem halaqah; makan dalam dulang.
7)     Soal duit lagi. Waktu majlis tu, aku hanya pakai baju melayu sepasang dan sampin, serta berkopiah. Isteriku pula hanya pakai jubah dan tudung labuh. InsyaAllah aku akan pertimbangkan jika perlu hiasan, itupun yang ringkas je. Buat apa nak cantik-cantik depan orang ramai? Hari pertama beb! Takkan baru hari pertama kau bergelar suami, kau dah kena tanggung dosa besar sebab izinkan wajah isteri kau yang cantik tu dimekapkan dan ditayang untuk tontonan umum sehingga fotografer snap gambar dan simpan untuk koleksinya?
8)    Soal hiburan. Aku taknak sapa-sapa ahli keluarga aku menjemput pasukan marhaban  atau berzanji datang ke majlis perkahwinan kami. Aku tak minat. Bising je. Yang aku nak, aku akan menjemput anak-anak tahfiz datang dan buat tahlil serta bacaan khatam alquran 30 juz, dan aku sendiri yang mengetuai tahlil  dan bacaan khatam tu.
9)     Hiburan lagi. Aku tak izinkan sapa-sapa gatal sangat pergi upah deejay bertandang ke majlis aku. Nabi ada ajar ke kita berhibur-hiburan yang melampau ketika walimatul urus? Aku taknak dengar suara budak-budak lelaki dan perempuan atau orang tua nak menyanyi karaoke kat rumah aku. Walaupun nasyid. Upah deejay kan mahal. Dah guna duit lagi. Padahal yang penting, duit tu nak guna selepas majlis, sehingga dah ada anak, dan sehingga dah ada cucu. Lama tau! Maaf. Ini majlis aku!
10)Kompang?aku nak. Kompang takpa. Salah satu manfaat aku upah budak kompang sebab sekurang-kurangnya orang keliling kampung aku tau bahawa aku kahwin haritu. Takda lah timbul fitnah. Upah budak silat?no. Membazir, kan guna duit tu. Nanti aku buatlah sendiri pertunjukan pedang, dan seni capoeira. Kalau aku tercedera masa pertunjukan yang aku buat sendiri tu, ape susah? Malamnya nanti isteriku tolong urutlah. Kan romantic tu...
11)   Soal makan, aku insyaAllah akan guna rewang. Taknak catering. Aku berpengalaman bekerja sebagai pekerja catering selama empat tahun. Dah banyak asam aku telan, dah banyak garam aku kemam. Membazir tau panggil catering. Macam catering yang aku pernah kerja tu, kadang-kadang bancuh air guna air paip. Rewang sudah. Jemputlah kawan-kawan lama. insyaAllah akan membantu. Kan lebih manis ukhwah tu..
12) Simbolik perkahwinan aku pelik sikit. Selalu orang berarak guna kereta, kerusi junjung, dan macam2. Aku nak guna basikal. Aku bawak, isteriku duduk kat depan. Macam cerita korea der..
13)  Gerbang mahligai dan teratak pelamin?hehe..buat lawak ke? Mahal! Aku nak guna duit yang penat aku kumpul tu, untuk kegunaan keluarga kami. Bukan untuk raja sehari. Sehari je kot, dah membazir sampai beribu-ribu. Lepas tu menangis sebab takda duit nak beli rumah sendiri. Selalunya macam tu la orang melayu kita ni buat. Hehe.. Aku tak perlukan langsung pelamin. Mengarut la nak merenjis-renjis, ape semua..haram tau! Tu adalah amalan agama Hindu. Islam is Islam. Cukup sekadar duduk di atas lantai. Islam tak pernah ajar kita membeza-bezakan kedudukan. Aku, isteri, keluargaku, keluarga isteri, saudara-mara, datuk datin, ustaz ustazah dan semua jemaah, sama je. Takda apa beza pun. Duduk atas lantai.
14) Tema majlis aku, warna putih. Simple sudah..
15)  Aku pernah terfikir nak buat majlis pernikahan dan walimah waktu dalam bulan Ramadhan. Setengah jam sebelum azan maghrib berkumandang, ialah waktu pernikahan. Masuk je waktu maghrib, kami semua termasuk para hadirin makan kurma dan minum air. Kemudian solat maghrib berjemaah diimami oleh tok kadi. Selepas maghrib, ada bacaan al-quran khatam 30 juz dan doa kesyukuran diketuai oleh aku. Tiba waktu isyak, aku akan mengimami solat isyak berjemaah dan solat tarawikh. Tempat solat hadirin lelaki di khemah dan wnaita di dalam rumah. Selesai sahaja solat tarawikh, barulah majlis walimah bermula. Perarakan, kompang, dan makan-makan semuanya ketika waktu itu. Tujuan aku buat waktu malam kerana jika waktu siang, dah tentu panas dan tak selesa. Sebab selalunya orang melayu kita buat majlis walimah pada pukul 12 tengahari. Panas kot. Tak romantic langsung. Biar buat bulan puasa. insyaAllah lebih mendatangkan keberkatan sebab siap sekali dengan merewang berjemaah, berbuka berjemaah, solat maghrib,isyak & tarawikh berjemaah. Semakin erat ukhwah dalam jemaah islam itu nanti. insyaAllah…

Inilah perancangan aku bila bergelar bakal suami kepada isteriku nanti. Ingat para pemuda sekalian, isteri bukanlah boneka. Kita wajib memimpin isteri sehabis baik dan bersungguh-sungguh demi syurga yang akan kita dapat nanti. Sebab akan sampai satu masa isteri kita akan melahirkan anak dari benih kita sendiri. Besar tanggungjawab kita. Sepatutnya termetrainya lafaz akad nikah tu, haruslah kita menangis sebab saat itulah bermulanya kita sebagai nakhoda yang akan mengemudi sebuah pelayaran yang amat jauh. Kita akan menanggung dosa isteri, dan anak. Kita bergelar suami bukan sehari, bukan sebulan, tapi selama-lamanya!


Ingatlah wahai pemuda soleh islam termasuk diriku, 
janganlah membuang masa berfikir dan mencari siapakah calon isterimu kelak. 
Yang perlu kamu lakukan sekarang ialah jadikan dirimu seorang jejaka soleh yang digilai bidadari di syurga. 
Solehkan dirimu, pasti Allah menganugerahkan seorang solehah khas untukmu.

Ikhlas daripada : Nur Adnin Bin Abdul Razak.

Monday, 16 April 2012

saya suka pasangan islamik yang islamik tapi versatil~

assalamualaikum..sebut sahaja pasal cinta, mesti dah terfikir tentang kahwin kan?cinta itu fitrah. Menolak cinta bermaksud menolah fitrah .Nabi Adam sendiri pun bercinta dengan Hawa. Inikan pula kita ni cucu cicit baginda, nak menolak fitrah pula. Pelik kan?

Cinta tak salah dan tiada masalah. Yang menjadi masalah dan salah ialah apa yang kita lakukan demi cinta. Semua orang nak bercinta,tapi guna jalan yang salah. Bercouple, dating, pegang-pegang dan sebagainya. Kan haram tu. Padahal sebenanrnya ia 'best' untuk dilakukan tapi jika silap cara, silaplah bicara.

Bak kata sahabat saya di Darul Quran, Muhammad Irham, satu fakulti dengan saya, beliau berkata;
       "Pertunangan ini bukanlah dipandang dari sudut cincin, majlis atau apa pun.Itu semua hanyalah simbolik. Termetrainya status tunang ini adalah; bila si kumbang berkata dengan mak ayah si bunga yang dia nak  berkawan dengan anak mereka lalu si mak ayah bunga pun setuju. Persetujuan dari hati ke hati pun sudah cukup untuk mengikat tali pertunangan antara kumbang dan bunga."

Tapi kita kena ingat, bertunang bukan bermaksud kita dah ada lesen untuk buat yang bukan-bukan ye. Kalau nak 'dating' pun, bawaklah sekali mak ayahnya. Contoh si kumbang nak pergi shopping kat Tesco, si kumbang ni bawak si bunga dan mak ayah si bunga ini sekali. Dahtu, si kumbang ni berjalan sebelah si ayah bunga, si bunga berjalan di sebelah maknya. Kan manis tu, menjaga batas lagi.

Begitulah perumpamaan pertunangan. Seronok tau jika dah bertunang. Kita tak akan rasa nak mencari kumbang atau bunga lain, sebab pasangan idaman dah ada di depan mata, cuma tunggu saat nak nikah je. Dan lagi seronok, sepanjang tempoh pertunangan tu, si kumbang dapat mengenal hati budi keluarga si bunga melalui mak ayah si bunga. Sekurang-kurangnya, dapatlah si kumbang mengenal isi hati Si bunga daripada mak ayah si bunga tu. Kan sweet tu...dosa maksiat berdua2an takde, dosa dating buat benda haram pun takde. Yang penting, jaga hati dan jaga iman agar tak terjebak dengan sebarang maksiat. Dan saranan saya, bila dah bertunang tu, elok-eloklah dipercepatkan pernikahan. Supaya Syaitan menangis tengok si kumbang dan si bunga dah jadi halal......

Rasulullah SAW bersabda;
"barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangislah syaitan dan ia mengeluh : aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku"
(H.R Ibnu 'Addi)

Hah,bila dah berkahwin tu, saya suka tengok pasangan suami isteri yang islamik, tapi lifestyle mereka macam couple dan tak 'siqoh'. berikut contoh rutin harian mereka :
1)bangun pukul empat pagi, suami;
   suami:ayang,,jom bangun. qiamullail dengan abang nak?
   isteri:alaaaa....ngantok laaa..(sambil menggeliat manja)..urmm....
   suami:alolololo manjenye dia.......(sambil pegang tangan isteri, dan kiss)
   isteri:urmm...(memandang mata suami,buat mata ala-ala kucing Shrek-mata comel)
   suami:alaaaa..comelnye ayaaang...hihi..jom..Allah dah panggil,yang...jom..(menarik tangan isteri turun dari katil.)
2)lepas solat subuh
suami:ayang, lepas ngaji ni, jom ikut abang gi jalan2 kat taman nak?naik Superbike abang.
isteri:wawawa...sweet..hihi(gelak gedik)...okey...
start motor superbike,vrooommm..vrooommmm..
suami;ayang,,peluk kuat2 pinggang abang..kang jatuh pulak ayang nanti..hahaha
isteri;(cubit pinggang suami)eeiiii abang ni..jahat je...(buat muka merajuk)
suami:alolololo...merajuk pulak dia....ahahha...caaakkk!!(main cak2 gune helmet punye devisor)
isteri:waa....caak!!!(suami bukak je devisor,terus kiss pipi suami)..hihi..
suami:ok,,abang bace doa..ayang aminkan.....bismillahirrahamnirrahimm.......
isteri:ameennn.....
3)nak buat sarapan
suami:ayang, jom kita buat lempeng,nak?hehehe
isteri:ok!semalam ayang dah ajar abang cmne nak buat nasi goreng cili padi kan, harini abang ajar ayang buat lempeng pulak ye?ayang rindu sangat lempeng yang mak abang buat mase kite kat kampung tu.huhu
suami:okey......(sambil menggaul tepung dengan air....)
isteri:(datang dari arah belakang)..haaaahhhh!!!!(cucuk pinggang suami)
suami:ya Allah!sayang.....terkejut abang tau...eii..nak kena ni...hahahaha(pusing ke belakang,cucuk pinggang isteri balik)
isteri;abang ni...tangan abang dah le ade tepung..nanti kotor la tepung tu...
suami:LOL....boleh basuh balik dan buat baru(sambil merenjis tepung ke muka isteri)
isteri:abaaaaanngg!!!!nakal!!!eeiii......................
4)tengahari nak pergi jalan2 kat bandar
suami:ayang,kalau nampak orang minta sedekah bagitau ek?
isteri:kenapa,abang?
suami:yela.sedangkan nabi Muhammad yang begitu MAKSUM tu pun boleh rajin bersedekah,takkan abang ni yang anak kepada MAK SUM taknak bersedekah pulak.hahaha
isteri:isshhh abang ni..maen-maen pulak..hahaha ..gedik jer abang ni..LOL..haha
suami:jom makan kat Royale Pacific Garden..kita sekali sekala makan mahal2..
isteri:abang ni...tak baik tau..ape kate kite makan kat KFC..sedap hingga menjilat jari! ayang jilat jari abang, abang jilat tulang ayam ayang.hahahahah...LOL
suami:perghhh..ayang.......yelaaa..yelaa....hahahahaha....(sweet giler padahal dah kahwin tu)
5) lepas solat asar nak main riadhah
suami:abang bak main badminton..ayang ade bran?hehehe
isteri:eleh..setakat badminton...hujung kuku ayang la bang..haha
suami:okelah..kite main bOla nak?hahaha....jawab..jawab..haha
isteri:no hal la bang..ayang ni setakat kick free takde hal la..hahaha(muka confident gile)
suami:(buat muka takleh belah)......hahahahahahahahha!!!cakap pun terbalik....FREE KICK LA BUKAN KICK FREE..hahahaha......ape pun tak boleh laa...hahaha
isteri:erk?hehehe............(membiru muka isteri...menahan malu)
6)lepas solat maghrib berjemaah
isteri:abang..alhamdulilllah..beruntung ayang dapat suami macam abang..
suami:kenapa ayang?
isteri:alhamdulillah ayang dapat menjadi makmum kepada abang..
suami:lorhh..kenapa?
isteri:suara abang nice....(senyum sweet sangat)
suami:(garu2 belakang kopiah)..err..hehe.alaa..nasib je tu..mane ade sedap sangat suara abang ni yang..biase la tu......muka hensem, suara mesti sedap..(muka tak bersalah)
isteri:e'eh....abang ni..pantang dipuji..hahahaha,,tapi takpe...setiap pujian dari ayang hanya untuk abang je ok?hihihi
suami:haha..yelaa....ayang,,jom..ngaji. kita sambung ayat semalam. Ingat, ayat last semalam tu ayang ade silap kat hukum Mad Wajib..ayang terlupa nak panjangkan..
isteri:oh yeke...ok2..malam ni ayang janji ayang bace betol2,k?hihi
suami:hehe....nanti bile abes je surah Maryam ni , abang ajar ayang cara bacaan Imam Qiraat Hamzah ye..abang bace yang mane abang ingat la..
isteri:oke abang,,jom ngaji....
7)makan malam di meja makan
suami:eh ayang, buat pe sampai guna dua pinggan..satu pinggan je cukup yang..
isteri:ha?la..tak sempit ke?
sumai:subhanallah..Nabi kan dah ajar kita, kalau kita makan setalam atau sedulang atau sepinggan sama2 dengan saudara kita atau sahabat kita, akn menjadi berkatlah setiap suapan tu..ayang tak ingt ke?kan hari tu Ustaz Muaz Yusuf dah terangkan mase kuliah kat Masjid Wilayah Jalan Duta ..
isteri:ohh..ingat3...hehe..sory(tepuk dahi, manja)..hihi..ayang simpan balik ye..hhihih...
suami:hehe.okey..
8)time pukul sebelas malam,di kamar tidur..
suami:ayang, tadi mase bace surah Al-Mulk, abang dengar ayang ade silap sikit..
isteri:tau...ayang tersedak mase tu..ntah tibe-tibe je..hihihi
suami:LOL....boleh pulak tersedak..(sambil baring)
isteri:abang, cantik tak dress up ayang?(mengenakan blaus warna pink, ada tulisan Just For You, My Husband)hihiih..
suami:alhamdulillah..beruntung abang jadi imam kepada ayang..cantik giler ayang malam ni..sebab kulit ayang yang putih tu, padan dengan warna pink la..hehe
isteri:LOL..mesti la.ayang cantik sebab abang hensem ..hihihhihi..(sambil baring, memeluk suami dan merenung mata suami sambil tersenyum)
suami:ayang,,abang ade lagu best untuk ayang..nak dengar?
isteri:waahh..sweet la abang ni..romantic..hihi(sambil beri satu kiss kat pipi)
suami:nah,dengar ni..lagu Avril Lavigne, Innocence..
Waking up I see that everything is okay
The first time in my life and now it's so great
Slowing down I look around and I am so amazed
I think about the little things that make life great

PRE-CHORUS
I wouldn't change a thing about it
This is the best feeling

CHORUS
This innocence is brilliant, I hope that it will stay
This moment is perfect, please don't go away, I need you now
And I'll hold on to it, don't you let it pass you by

I found a place so safe, not a single tear
The first time in my life and now it's so clear
Feel calm I belong, I'm so happy here
It's so strong and now I let myself be sincere

PRE-CHORUS
I wouldn't change a thing about it
This is the best feeling

CHORUS
This innocence is brilliant, I hope that it will stay
This moment is perfect, please don't go away, I need you now
And I'll hold on to it, don't you let it pass you by

It's the state of bliss you think you're dreaming
It's the happiness inside that you're feeling
It's so beautiful it makes you wanna cry

It's the state of bliss you think you're dreaming
It's the happiness inside that you're feeling
It's so beautiful it makes you wanna cry

It's so beautiful it makes you want to cry

CHORUS
This innocence is brilliant
(It makes you want to cry)
This innocence is brilliant
Please don't go away
Ccause I need you now and I'll hold on to it
Don't you let it pass you by
(It's so beautiful it makes you want to cry)

This innocence is brilliant (It's so beautiful)
I hope that it will stay (It's so beautiful)
This moment is perfect
Please don't go away
I need you now and I'll hold on to it
(It makes me want to cry)
Don't you let it pass you by
(memainkan lagu tu kat MP3 gune speaker..bukak slow2 n romantic)
isteri:abaaaaang,,sweet la lagu tu...THIS MOMENT IS PERFECT..PLEASE DONT GO AWAY..I NEED YOU NOW..AND A'LL HOLD ON TO  IT..DONT YOU LET IT PASS YOU BY..
suami:wah..pandainye ayang nyanyi..sedap suara ayang....macam suara abang..suara abang kan sedap..haha
isteri:hihihihi(gelak manja & gedik)..ape2 jela bang...abang...selamat malam...takde kata-kata indah ke?hehehe
suami:erm...abang just nak cakap..terima kasih kerana sudi menjadi isteri abang,ayang..abang tak sangka pertemuan kita yang singkat dulu tu, menjadi kekal hingga sekarang..syukur alhamdulillah.sesungghnya cinta abang tidak lain tidak bukan hanyalah mencintai ayang berpaksikan cinta kepada Allah dan Nabi Muhammad Salallahu ala saidina muhammad..
isteri:(jawab selawat) salallahu ala saidina muhammad..
suami:terima kasih ayang..abang sayaaang ayang.. forever..(bagi satu kiss)
isteri:same-same abang....ayang saaaayng abang.....forever..(balas dua kiss)
#lalu pasangan suami isteri yang sweet itupun terlelap.....

hah?Seronok tak berkahwin?
pesanan saya kepada muda-mudi di luar sana ataupun yang sedang membaca artikel ni,;

"jika hati sudah dikalungi oleh perasaan cinta suci, jangan dikaburi pula oleh perasaan benci...Allah tak larang kita mencintai seseorang, cuma Allah nak kita dahulukan cinta-Nya dulu........"

Selamat Beristikharah dan Selamat Berbahagia Selalu!

:)

Monday, 9 April 2012

Sunday, 1 January 2012

iman yang cantik untuk hati yang smart!


 assalamualaikum wbt..
saya ingin mengambil kesempatan sedikit unutk memberitahu sesuatu.

anda mempunyai :
-hati kosong?
-hati kotor?
-hati bosan
-hati banyak titik hitam?
-dan macam2 jenis hati lagi?

saranan saya, eloklah anda membeli buku ini. Alhamdulillah saya dah beli buku ni, kat kedai Popular Kompleks KOMTAR, P.Pinang november lepas.

antara kata-kata indah yang dapat dari beberapa halaman dalam buku ini jadi saya tuliskan kat sini..:

"cintai diri kita kerana Allah. Bisikkan dalam hati kita yang kita benar-benar mencintai diri sendiri. Jangan biarkan diri kita terlelap dalam gudang maksiat. Sekiranya kita membiarkannya, pada adasarnya kitak mencintai diri sendiri.."(halaman 26:'i love myself)

"banyak orang berjaya mengalami kegagalan seblum mereka memperoleh kebahgiaan. Berpuluh-puluh, bahkan beratus-ratus bentuk kesengsaraan hidup yang mereka hadapi. Namun, mereka tidak kecewa langsung. Sebaliknya, semakin banyak kesusahan, semakin ghairah mereka kebahagiaan yang sebenar.."(halaman 76:kecerdasan linguistik membahagiakan hidup)

"..........Selepas mempersilakan anak muda itu masuk dan memberinya minuman hangat, pemilik rumah bertanya kepadanya, apakah yang membuatkan anak muda itu nekad mendaki gunung sendirian dalam cuaca yang buruk.

Dengan nada yang sopan tetapi tegas, anak muda sang pendaki gunung menjawab, "Tuan, saya tahu berkenaan risiko mendaki dalam cuaca buruk seperti ini, namun hati saya sudah sapai di puncak gunung itu! Saya tak boleh berhenti lagi......"(halaman 80:ada satu kisah yang luar biasa..)

"...satu contoh yang diberikan oleh Ibnu Qayyim..

         "pengaruh pergaulan yang tida bermanfaat adalah hati akan dipenuhi dengan kepulan asap pernafasan manusia sehingga menjadi kela.Akibatnya hati menjadi lemah, tidak bersemangat, gelisah dengan terbeban dengan beban yang berat daripada rakan-rakan yang jahat, yang tidak mampu memikulnya. Kepentingannya menjadi sia-sia, sibuk dengan urusan mereka...."
(halaman 117:Ancaman hati yang sakit)

jadi kawan kawan, apa tunggu lagi?

-harga    : RM 14.00
-lokasi   : Di mana-mana kedai buku berhampiran di tempat tnggal anda.
-penulis  : Rusdin S.Rauf
-terbitan : PTS Milennia

semoga anda terhibur dengan coretan Smart Heart di dalam buku ini.

"Rasulullah SAW berkata...
      "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat.."

Fikir-fikirkan dan selamat mencuba!

:)