Total Pageviews

Friday, 25 May 2012

#impian aku~..



CIRI-CIRI CALON ISTERI AKU
1)      Solehah..(agama mantap. Amat perihatin dalam jagaan batasan agama. Tapi andaikata jodoh aku dengan seorang gadis biasa yang mahu berubah, itulah amanahku terhadap agamanya)
2)    Wajah biasa..(biar wajah biasa tapi hati cantik. Tapi kalau dapat yang cantik, rezeki la..)
3)     Harta sederhana..(kalau kaya, rezeki akulah. Kalau sederhana, memang itu idaman aku sebab aku pun sederhana. Dan kalau kurang harta, menjadi tanggungjawab aku untuk menyara keluarganya)
4)    Keturunan baik..(kalau boleh ibu ayahnya sangat menjaga perspektif agama dalam setiap sudut)
5)     Qana’ah..(sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Tak meminta-minta itu dan ini. Tak suka bermewah-mewah. Tak hairan kalau ade SALE kat shopping mall walaupun depan rumah!)
6)     Pakaiannya 3S..(Simple, Siqoh &Sopan)
7)     Tahan lasak..(badannya boleh hidup di semua tempat. Tak melenting dengan kekotoran macam tanah, sebab nanti dah mati akan ke tanah jua. Tak geli dengan najis ayam-nanti aku nak bela ayam-sebab membersihkan najis ayam adalah latihan kepada membersihkan najis mak ayah yang sudah uzur dan tua nanti)


-Semoga aku dipertemukan dengan wanita yang ada 7 ciri-ciri ini.
Tidak di Darul Quran, mungkin di UKM atau American Islamic College, Chicago Amerika nanti.
Dan jika tidak juga, mungkin setelah aku pulang ke Malaysia nanti..ameenn..-



15 Prosedur untuk majlis pernikahan & Walimatul Urus

1)      Bertunang, lepas tu jangan lama sangat, jangan lebih sebulan. Itupun jika ada perkara penting yang wajib diselesaikan dulu, seperti urusan kerja, hutang dll. Kalau tiada, harini tunang esok nikah ler!
2)    Tempoh antara pernikahan dan walimatul urus, mesti dalam sehari. Jangan tangguh. Tak seronok..
3)     Waktu majlis pernikahan, taknak terikat dengan adat. Beri tujuh berbalas Sembilan dan macam2. Tak minat. Agama atau adat, mana yang penting? Jangan membazir. Cukup sekadar majlis ringkas, dan makan-makan.
4)    Waktu majlis walimatul urus pula, aku tak izinkan mak mertua atau keluarga belah isteri upah mak andam make up kan isteri aku. Jangan nak mengada-ngada. Bila aku dah lafazkan akad je, serta merta isteri tu jadi hak bawah jagaan aku. Takkanlah punyalah penat aku tackle dia atau dia tackle aku, pastu waktu majlis, senang-senang je orang lain yang bukan muhrim tengok wajah isteri aku yang dah dimekapkan. No! cukup sekadar bedak yang nipis-nipis sahaja.
5)     Aku juga takkan izinkan siapa-siapa ahli keluarga aku atau keluarga mertua aku upah fotografer, nak amek gambar kami berdua. Perghh..penat-penat aku dengan dia jaga iman dan wajah masing-masing sewaktu belum bernikah dulu, takkan senang-senang je fotografer amek gambar kami, pastu possing entah ape-ape, lepas tu diorang bagi kami gambar2 tu, tapi yang asalnya masih ada ada dalam memory card kamera diorang lagi. No! nak bergambar boleh, tunggu majlis dah selesai. Aku guna kamera aku. Aku fotografer dan isteriku modelnya!
6)     Ini perkara yang penting, iaitu soal kewangan. Adat melayu, raja sehari. Mestilah kena bermewah-mewah. Alasannya?alah, sekali seumur hidup. No! aku takkan pegang adat melayu yang mengarut tu. Yang aku yakin hanyalah hadis nabi yang mafhumnya “perkahwinan yang paling berkat ialah yang paling rendah maharnya.”.  aku Cuma akan keluarkan duit untuk mas kahwin (itupun guna kadar tetapan negeri) dan makan-makan. insyaAllah aku akan guna khemah. Jemputan aku tak lebih 500 orang. Itupun aku akan guna sistem halaqah; makan dalam dulang.
7)     Soal duit lagi. Waktu majlis tu, aku hanya pakai baju melayu sepasang dan sampin, serta berkopiah. Isteriku pula hanya pakai jubah dan tudung labuh. InsyaAllah aku akan pertimbangkan jika perlu hiasan, itupun yang ringkas je. Buat apa nak cantik-cantik depan orang ramai? Hari pertama beb! Takkan baru hari pertama kau bergelar suami, kau dah kena tanggung dosa besar sebab izinkan wajah isteri kau yang cantik tu dimekapkan dan ditayang untuk tontonan umum sehingga fotografer snap gambar dan simpan untuk koleksinya?
8)    Soal hiburan. Aku taknak sapa-sapa ahli keluarga aku menjemput pasukan marhaban  atau berzanji datang ke majlis perkahwinan kami. Aku tak minat. Bising je. Yang aku nak, aku akan menjemput anak-anak tahfiz datang dan buat tahlil serta bacaan khatam alquran 30 juz, dan aku sendiri yang mengetuai tahlil  dan bacaan khatam tu.
9)     Hiburan lagi. Aku tak izinkan sapa-sapa gatal sangat pergi upah deejay bertandang ke majlis aku. Nabi ada ajar ke kita berhibur-hiburan yang melampau ketika walimatul urus? Aku taknak dengar suara budak-budak lelaki dan perempuan atau orang tua nak menyanyi karaoke kat rumah aku. Walaupun nasyid. Upah deejay kan mahal. Dah guna duit lagi. Padahal yang penting, duit tu nak guna selepas majlis, sehingga dah ada anak, dan sehingga dah ada cucu. Lama tau! Maaf. Ini majlis aku!
10)Kompang?aku nak. Kompang takpa. Salah satu manfaat aku upah budak kompang sebab sekurang-kurangnya orang keliling kampung aku tau bahawa aku kahwin haritu. Takda lah timbul fitnah. Upah budak silat?no. Membazir, kan guna duit tu. Nanti aku buatlah sendiri pertunjukan pedang, dan seni capoeira. Kalau aku tercedera masa pertunjukan yang aku buat sendiri tu, ape susah? Malamnya nanti isteriku tolong urutlah. Kan romantic tu...
11)   Soal makan, aku insyaAllah akan guna rewang. Taknak catering. Aku berpengalaman bekerja sebagai pekerja catering selama empat tahun. Dah banyak asam aku telan, dah banyak garam aku kemam. Membazir tau panggil catering. Macam catering yang aku pernah kerja tu, kadang-kadang bancuh air guna air paip. Rewang sudah. Jemputlah kawan-kawan lama. insyaAllah akan membantu. Kan lebih manis ukhwah tu..
12) Simbolik perkahwinan aku pelik sikit. Selalu orang berarak guna kereta, kerusi junjung, dan macam2. Aku nak guna basikal. Aku bawak, isteriku duduk kat depan. Macam cerita korea der..
13)  Gerbang mahligai dan teratak pelamin?hehe..buat lawak ke? Mahal! Aku nak guna duit yang penat aku kumpul tu, untuk kegunaan keluarga kami. Bukan untuk raja sehari. Sehari je kot, dah membazir sampai beribu-ribu. Lepas tu menangis sebab takda duit nak beli rumah sendiri. Selalunya macam tu la orang melayu kita ni buat. Hehe.. Aku tak perlukan langsung pelamin. Mengarut la nak merenjis-renjis, ape semua..haram tau! Tu adalah amalan agama Hindu. Islam is Islam. Cukup sekadar duduk di atas lantai. Islam tak pernah ajar kita membeza-bezakan kedudukan. Aku, isteri, keluargaku, keluarga isteri, saudara-mara, datuk datin, ustaz ustazah dan semua jemaah, sama je. Takda apa beza pun. Duduk atas lantai.
14) Tema majlis aku, warna putih. Simple sudah..
15)  Aku pernah terfikir nak buat majlis pernikahan dan walimah waktu dalam bulan Ramadhan. Setengah jam sebelum azan maghrib berkumandang, ialah waktu pernikahan. Masuk je waktu maghrib, kami semua termasuk para hadirin makan kurma dan minum air. Kemudian solat maghrib berjemaah diimami oleh tok kadi. Selepas maghrib, ada bacaan al-quran khatam 30 juz dan doa kesyukuran diketuai oleh aku. Tiba waktu isyak, aku akan mengimami solat isyak berjemaah dan solat tarawikh. Tempat solat hadirin lelaki di khemah dan wnaita di dalam rumah. Selesai sahaja solat tarawikh, barulah majlis walimah bermula. Perarakan, kompang, dan makan-makan semuanya ketika waktu itu. Tujuan aku buat waktu malam kerana jika waktu siang, dah tentu panas dan tak selesa. Sebab selalunya orang melayu kita buat majlis walimah pada pukul 12 tengahari. Panas kot. Tak romantic langsung. Biar buat bulan puasa. insyaAllah lebih mendatangkan keberkatan sebab siap sekali dengan merewang berjemaah, berbuka berjemaah, solat maghrib,isyak & tarawikh berjemaah. Semakin erat ukhwah dalam jemaah islam itu nanti. insyaAllah…

Inilah perancangan aku bila bergelar bakal suami kepada isteriku nanti. Ingat para pemuda sekalian, isteri bukanlah boneka. Kita wajib memimpin isteri sehabis baik dan bersungguh-sungguh demi syurga yang akan kita dapat nanti. Sebab akan sampai satu masa isteri kita akan melahirkan anak dari benih kita sendiri. Besar tanggungjawab kita. Sepatutnya termetrainya lafaz akad nikah tu, haruslah kita menangis sebab saat itulah bermulanya kita sebagai nakhoda yang akan mengemudi sebuah pelayaran yang amat jauh. Kita akan menanggung dosa isteri, dan anak. Kita bergelar suami bukan sehari, bukan sebulan, tapi selama-lamanya!


Ingatlah wahai pemuda soleh islam termasuk diriku, 
janganlah membuang masa berfikir dan mencari siapakah calon isterimu kelak. 
Yang perlu kamu lakukan sekarang ialah jadikan dirimu seorang jejaka soleh yang digilai bidadari di syurga. 
Solehkan dirimu, pasti Allah menganugerahkan seorang solehah khas untukmu.

Ikhlas daripada : Nur Adnin Bin Abdul Razak.

2 comments: